Amit-amit jabang bayi, ojo kaget!
AYAT di atas yang bermaksud 'moga bayi yang dikandung tidak terkejut' sering disebut oleh ibu-ibu mengandung (yang berketurunan Jawa) ketika mereka tersentak atau terkejutkan sesuatu.
Mereka yang berketurunan Jawa percaya bahawa seseorang wanita mengandung yang terkejut atau terperanjat boleh memudaratkan bayinya.
Seperti contoh, sekiranya seorang wanita mengandung itu terkejut apabila terlihat muka seseorang yang hodoh, wanita itu perlu cepat-cepat menghentak kaki ke tanah sebanyak tiga kali lalu menyebut ayat di atas sambil mengurut-urut perutnya.
Jika tidak, janin akan turut terkejut dan mungkin terkenan dengan lahir berwajah hodoh.
Konsep terkenan membawa maksud terpengaruh pada keadaan sesuatu yang luar biasa, boleh jadi buruk atau baik, sehinggakan turut menjejas kandungan ibu mengandung.
Selalunya, terkenan membawa kemudaratan.
Jarang sekali wanita mengandung terkenan pada sesuatu yang baik kerana terkenan selalu berlaku kerana wanita mengandung itu terkejut apabila melihat sesuatu yang luar biasa.
Masyarakat Melayu sehingga sekarang masih lagi percaya pada konsep terkenan.
Justeru, banyak pantang larang wanita mengandung yang masih diamalkan untuk mengelakkan musibah ini.
- Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.
- Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.
- Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.
- Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.
- Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.
- Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.
- Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.
- Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.
- Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.
- Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.
- Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.
- Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.
- Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.
Masyarakat dahulu memang percaya pada konsep terkenan.
Menurut kata orang-orang tua, konsep terkenan diperkenalkan pada masyarakat Melayu dahulu, mungkin kerana takut wanita mengandung menyebut atau terdetik dalam hati kata-kata yang tidak baik terhadap sesuatu makhluk atau ciptaan Tuhan.
Konsep terkenan juga adalah semacam peringatan kepada kaum wanita yang mengandung dan suaminya supaya mempunyai perasaan sayang terhadap alam dan makhluk Tuhan serta tidak berlaku kejam.
Sesungguhnya, doa manusia atau binatang yang teraniaya selalunya dimakbulkan Tuhan.
Allah menguji manusia dengan berbagai-bagai cara dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Kesimpulannya, hati, mulut dan perbuatan perlu dijaga ketika hamil.
Sekiranya terkejut apabila melihat sesuatu yang pelik dan menakutkan, anggaplah pandangan sebegitu sebagai dugaan dan segeralah menyebut nama Allah dan beristighfar.
Banyakkanlah membaca Al-Quran, surah Yasin, surah Taubah, surah Yusuf, surah Luqman dan surah Maryam.
Insya-Allah, anak yang dilahirkan sihat, elok rupanya, sempurna sifatnya serta baik tingkah lakunya.
Terpulang pada individu samada hendak percaya atau tidak dengan pantang larang ni... Apapun, kita serahkan pada yang Maha berkuasa...Dia yang lebih mengetahuinya. Kita sebagai umatnya...hanya perlu berdoa dan bertawakal kepadaNYA.
p.s: "Ya Allah, Kurniakan kepadaku daripada sisi-Mu keturunan (anak) yang baik, sihat dan sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) rayuan doa hambaMu".
No comments:
Post a Comment